Rejim Zionis | Pengarah misi bantuan di Gaza dihukum penjara 12 tahun

2022-09-22 0

Mahkamah Israel pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang petugas misi bantuan Gaza selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan keganasan dalam kes berprofil tinggi.

Mohammed El-Halabi, Pengarah Gaza Untuk Badan Amal Kristian Antarabangsa World Vision, ditangkap pada 2016 atas tuduhan pecah amanah puluhan juta dolar kepada kumpulan pejuang Islam Hamas yang memerintah wilayah itu.